Saturday, May 26, 2007

WARISAN BUDAYA DORANI HOMESTAY



Pepatah melayu ada mengatakan, kelembutan bahasa melambangkan kesopansantunan dan etika yang baik melambangkan ketatasusilaan. Memahami sesuatu budaya untuk mengenalpasti kekuatan manusia adalah sebahagian daripada cara untuk mengetahui kekuatan sesebuah bangsa.

Dorani Homestay adalah salah satu destinasi pelancongan yang masih mengekalkan kekuatan kebudayaan melayu yang mana kebudayaan ini menggambarkan maruah sesuatu bangsa. Walaupun ia semakin dilupai oleh generasi muda, aktiviti kebudayaan ini terus hidup sebagai warisan kebudayaan untuk tinggalan pewaris tradisi ini.

Jika anda berminat dengan kesenian dan kebudayaan melayu seperti Pencak Silat, Tarian Kuda Kepang dan Barongan, Seni Muzik Gamelan, dan Wayang Kulit, luangkan masa anda mengikuti percutian desa di Dorani Homestay yang tentunya akan membuatkan anda terpesona.

Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi segera;
Encik Abd Rahman Daud
E-mail: doranihomestay@yahoo.com
Tel /Fax : 0332410846 H/P : 0136077025

2 comments:

mira teddy2 said...

wah..
best o0o kude kepang!!
ahaha..
rugi o0o sape x tg0k..
mmg besh r!!!
lg2 time barongan!!
mmg syok r..
wee...

i said...

yup2..mmg bes..bru je pegi..
syiokk woo..
time barongan tu bes..tp seram..=]